Pages

Friday, October 16, 2020

LANGKAH UNTUK MENJADI BARISTA

 LANGKAH UNTUK MENJADI BARISTA

Sebelum anda memilih menjadi seorang barista, pastikan dulu bahwa anda telah jatuh cinta dengan kopi. Pekerjaan barista bukan hanya kerjaya untuk mendapat bayaran lumayan tetapi lebih dari itu, anda harus mendalami dan mengetahui seluk-beluk kopi sebenar-benarnya, anda boleh mendapat maklumat awal dengan melibatkan diri dalam bidang ini seperti bekerja di café, meneroka sendiri terlebih dahulu melalui platform internet dan pembacaan yang tekun, seterusnya mengikuti kelas latihan sebaik anda telah siap siaga. Ingat, anda bakal menjadi seorang barista adalah pekerjaan yang professional kerana barista adalah seorang yang handal.

PERBEDAAN ADUNAN KOPI ANTARA SEORANG BARISTA DAN MESIN AUTOMATIK

PERBEDAAN ADUNAN KOPI ANTARA SEORANG BARISTA DAN MESIN AUTOMATIK

Dalam pembuatan secawan kopi yang nikmat terdapat dua teknik yang digunakan untuk membru kopi dengan menggunakan mesin espresso atau secara manual. Kedua teknik ini memiliki kelebihan dan kelemahannya masing-masing.

Apabila suatu café memiliki jumlah pengunjung yang banyak dalam waktu sehari maka mesin kopi dapat melayani pelanggan dengan cepat dan juga pemilik kedai tidak memerlukan waktu yang lama untuk melatih seorang barista baru. Selain itu, kerana sukatan kopi sudah diatur sebelumnya oleh mesin maka tahap kesilapan dalam membuat air kopi pun sangat kecil. Akan tetapi, bagi penggemar kopi tegar sering berpendapat bahwa mesin espresso automatik yang canggih sekalipun tidak mampu mengalahkan hasil karya kopi barista yang handal.

Pada sudut yang lain, pembuatan kopi dengan cara manual akan memakan sedikit masa kerana prosesnya yang panjang untuk menghasilkan dua atau tiga cawan gelas dalam sekali proses, selain itu tingkat kegagalannya tinggi kerana apabila berlaku kesilapan mengadun kopi maka akan mempengaruhi citarasa kopi. Akan tetapi, pembuatan kopi secara manual dapat menjadi daya tarikannya yang tersendiri kerana pengunjung dapat secara langsung melihat ketelitian barista mengadun kopi, ditambah lagi dengan kepiawaian barista dalam seni latte art.

Wednesday, October 14, 2020

Minuman Kopi Panas - Americano

 AMERICANO

BAHAN-BAHANNYA

  1. Satu atau hingga dua sudu makan serbuk kopi Qahva Premium halus.
  2. 250 ml air panas.
  3. Susu segar

CARA-CARA MEMBUATNYA

  1. Masukkan serbuk kopi Qahva Premium ke dalam kole.
  2. Tuang 2/3 mug air panas ke dalam kole.
  3. Kacau hingga rata.
  4. Gunakan penapis dan sehelai letakkan kertas penapis untuk menghalang habuk kopi.
  5. Tuang kopi ke dalam penapis dan tunggu hingga kesemua air telah turun ke dalam mug anda.
  6. Tambahkan susu dan air panas hingga memenuhi mug.
  7. Hidangkan mug bersama piring dan sudu.
  8. Rasailah kenikmatan haruman Americano anda.
  9. (Untuk lebih sedap, terlebih dahulu tarik susu dalam kole yang lain sehingga berbuih barulah dimasukkan ke dalam air kopi anda.)

Kerjaya Barista Semakin Popular

 Kerjaya Barista Semakin Popular

Istilah barista akhir-akhir ini sedang banyak diperbincangkan terlebih lagi dikalangan penggemar kopi yang sering duduk di kedai kopi. Meningkatnya peminat kopi maka meningkatnya karya kopi seiring bertambahnya minat untuk menjadi seorang barista kopi. Kata barista sendiri datang dari bahasa Itali yang berarti pelayan bar dan merupakan posisi yang agak terhormat dan terlihat profesional.

Kerjaya barista sangat penting bagi sebuah kedai kopi, bar kopi, atau pun coffee shop kerana kopi barista merupakan kunci keberhasilan sesebuah kedai kopi. Barista merupakan pekerjaan yang berhubungan dengan penuh keterampilan, kreativiti, pengamatan seorang barista ketika melakukan pengukuran suhu dan tekanan dalam pembuatan espresso. Rumitnya proses pembuatan espresso secara manual inilah merupakan cabaran yang membuat banyak anak muda kini mulai menceburi kerjaya sebagai barista.

Uniknya Seorang Barista Umpama Cap Ibu Jari

 

Uniknya Seorang Barista Umpama Cap Ibu Jari

Seseorang barista itu adalah unik, membuat kopi dengan citarasa yang khas dan berbeza walaupun sedikit akan pasti tetap ada perbezaannya antara barista lain. Sentuhan tangan seseorang barista adalah unik, reputasi ini akan membuatkan orang ingin mengikuti jejaknya. Sekiranya anda bercita-cita untuk menjadi barista, panduan ini boleh dijadikan rujukan kerana kemahiran membuat kopi bukanlah kepandaian yang boleh dimonopoli. Siapa tahu, tanpa disedari anda mungkin seorang barista yang hebat.

Sunday, October 11, 2020

MENJADI SEORANG BARISTA

MENJADI SEORANG BARISTA

Kata barista berasal dari bahasa Itali, di mana ia bermaksud "bartender" lelaki atau wanita yang biasanya bekerja di belakang kaunter, [1] menyajikan minuman panas (seperti espresso), minuman beralkohol sejuk dan bukan alkohol, dan makanan ringan. [2] Kata majmuk asli dalam bahasa Inggeris adalah barista, sementara dalam bahasa Itali jamak adalah baristi untuk maskulin (secara harfiah bermaksud "barmen", "bartender") atau bariste untuk wanita (secara harfiah bermaksud "barmaids").

Bila disebut bekerja sebagai “tukang bancuh kopi” atau “tukang buat air” tentulah tidak nampak gah, tetapi bila disebut bekerja sebagai “barista”, barulah nampak glamernya. Bekerja sebagai barista tentulah tidak semudah bekerja sebagai “tukang bancuh kopi atau air”. Ini adalah kerana barista adalah kerja bertaraf professional. Biarpun hari ini anda bekerja sebagai “tukang buat air” tetapi jika anda dapat menjiwai kerja anda, terus menimba ilmu dan sebelum hadir ke kelas barista dapatkan sebanyak mungkin maklumat yang perlu ada dan diketahui oleh seorang barista.

Sentuhan tangan seorang barista adalah sentuhan midas kepada maju mundurnya sebuah café. Jika anda bercadang dan berminat untuk membuka sebuah café . Cari ilmunya, dan kalaupun hari ini anda hanyalah “tukang buat air” di sebuah warung, restoran atau kedai makan, jangan abaikan. Pupuk diri anda untuk menjadi seorang barista. Bina minat, dalami ilmunya, cuba  membuat pelbagai minuman kopi pada masa lapang di rumah, kemahiran lahir dari minat, latihan dan kesungguhan. Oleh itu, sepandai manapun anda membancuh kopi, biarpun telah sampai pada tahap gaban, anda bukan lagi barista sehinggalah anda  hadirilah kelas untuk menjadi seorang barista sebenar. Kepandaian adalah berdasarkan ilmu yang dipelajari, mengikut disiplin pembelajarannya.

Semoga anda berjaya, hadirilah kelas barista bila anda telah bersedia.


Wednesday, October 7, 2020

QAHVA - ESPRESSO

ESPRESSO

BAHAN-BAHANNYA

1. Satu atau hingga dua sudu makan serbuk kopi Qahva Premium halus.

2. Satu cawan air panas.

CARA-CARA MEMBUATNYA

1.    Masukkan serbuk kopi Qahva Premium ke dalam kole.

2.   Tuang air panas.

3.     Kacau hingga rata.

4.     Gunakan penapis dan sehelai letakkan kertas penapis untuk menghalang habuk kopi.

5.     Tuang kopi ke dalam penapis dan tunggu hingga kesemua air telah memenuhi cawan anda.

6.     Rasailah kenikmatan haruman Espresso anda, dengan atau tanpa gula. 

Wednesday, September 30, 2020

MENIKMATI QAHVA HAROMA

 



MENIKMATI KEHARUMAN QAHVA HAROMA

DENGAN MENGGUNAKAN PLUNGER PENEKAN PERANCIS

Sebagai penggemar kopi, anda semestinya mempunyai stail tersendiri dalam menyediakan kopi penuh berkualiti. Pelbagai alat untuk proses penyediaan kopi rasa hebat anda. Antaranya ialah Plunger Penekan Perancis. Dapatkan sekurang-kurangnya satu untuk anda.

Untuk menikmati kopi dengan Plunger Penekan Perancis; bahagian selinder plunger terlebih dahulu perlu dipanaskan menggunakan air panas sebelum anda mula menyeduh kopi kegemaran anda.



Dengan menggunakan sedikit air panas lakukan bilasan di dalam selinder plunger yang akan anda gunakan. Bubuhkan satu sudu serbuk kopi Qahva Haroma (10g) kopi setiap 180 ml air, jika anda suka rasa yang kaya yang agak pahit tambahkan serbuk kopi lagi. Selepas itu, tuang air panas ke atas serbuk kopi di dalam plunger, air panas jangan diisi terlalu penuh, tinggalkan sedikit  ruang untuk memasukkan omboh penjolok. Gunakan sudu panjang, bancuh kopi hingga larut,  biarkan kopi merenung untuk melarutkan rasa penuh mesra dan keharuman selama 4 minit. Sebaik cukup masa, masukkan omboh penjolok dengan perlahan-lahan tekan ombok penjolok dengan perlahan-lahan sehingga ke dasar hingga semua habuk berkumpul pada dasar selinder. Nah … kopi istimewa anda sedia untuk dihidang dan dinikmati dengan susu atau gula dan harus diingat; ada penggemar kopi yang menggemari 100 peratus kopi tanpa gula atau susu.






MEMBUAT SIRAP KARAMEL

Bagi anda yang gemar merasai minuman kopi dengan mencuba kepelbagaian resepi minuman kopi, kemahiran membuat Sirap Karamel bagi tujuan untuk digunakan apabila perlu adalah suatu kelebihan. 

MEMBUAT SIRAP KARAMEL

Bahan-Bahannya:

4 cawan gula pasir

2 cawan air

1 biji lemon

2 periuk untuk memasak (periuk yang agak dalam agar tidak melimpah ketika gula bergelegak membuih).

Cara-cara Membuatnya

Periuk I

1.    Bubuh 2 cawan gula pasir dengan 2 cawan air

2.    Masak sehingga semua gula telah melarut dan teruskan memasak dengan api yang sederhana sehingga 8 minit dan padamkan api. Ketepikan.

Periuk II

1.    Bubuh 2 cawan gula pasir dan perah 1 biji lemon

2.    Dengan api yang sederhana, masak sambil mengacau tanpa henti.

3.    Teruskan memasak selama 7 minit sehingga gula karamelized.

4.    Sambil mengacau, tuang Larutan Gula dari Periuk I secara beransur-ansur dengan tetap sehingga semua air gula habis dituang kedalam Periuk II.

5.    Teruskan memasak sambil mengacau selama 5 minit lagi.

6.    Padamkan api. Simpan dalam botol setelah sejuk. Labelkan … kut nanti disangka madu.

Tuesday, September 29, 2020

SIRAP KOPI QAHVA HAROMA

 Dengan adanya penapis air di rumah yang dapat membekalkan air sejuk dengan segera, menyediakan sirap kopi yang tersedia adalah suatu kelebihan untuk menikmati minuman sebaik sahaja anda sampai ke rumah setelah seharian bekerja. Atau dijadikan minuman ketika melakukan aktiviti membersihkan halaman rumah dengan badan yang panas berpeluh. Betapa segarnya terasa apabila anda dapat menikmati sirap kopi sejuk.

Bahan-bahannya:

1.    100 gram Serbuk kopi halus Qahva Haroma.
2.    500 ml air  
3.    500 gram gula pasir

Cara-cara membuatnya:-

1.    Panaskan 500 ml air hingga mendidih di dalam periuk.
2.    Ambil lebihkurang 200 ml air panas itu dan bancuh 100 gram serbuk kopi halus Qahva Haroma -biarkan 5 minit dan ditapis dengan penapis.
3.    Tuang air kopi tersebut ke dalam periuk air panas.
4.    Masukkan 500 gram gula pasir dan panaskan hingga larut.
5.    Setelah semua gula melarut, padamkan api dan biarkan sejuk.

Sirap Kopi siap untuk digunakan. Selamat mencuba. 

Senyuman Pagi di Cafe

 


Meminum secawan kopi bagi peminum kopi adalah suatu kepuasan apabila dapat menikmati hirupan kopi hingga ke titisan yang terakhir. Meminum kopi adalah gaya hidup dan trend masa kini sama ada di bandar atau pun di desa. Kalau dulu warung adalah tempat bertemu rakan taulan sambil menikmati kopi panas dan kuih muih, kini semakin banyak Café yang menjual kepelbagaian hidangan minuman kopi. Café dengan sentuhan hipster, anak-anak yang meneruskan legasi orang tua mereka telah mengubahsuai penampilan Café yang menarik minat penggemar kopi dan pelanggan yang berkunjung.

Sunday, September 27, 2020

KOPI YANG TERBAIK IALAH KOPI YANG BERKHASIAT

 KOPI YANG TERBAIK IALAH KOPI YANG BERKHASIAT


Secawan kopi yang anda minum pada hari ini telah melalui pelbagai peringkat sebelum ianya anda dapat menikmatinya. Bermula dari biji kopi dari spesis pokok terbaik, tumbuh subur ditanam di dataran tinggi. Akar pokok itu akan menjalar ke dalam tanah untuk menyerap nutrient berkualiti dan hidup segar, dengan daun hijau yang lebat, mengeluarkan bunga dan berbuah menghasilkan buah kopi yang mulanya berwarna hijau dan bertukar menjadi warna merah jambu dan akhirnya merah.

Buah kopi pada pokok tidak masak secara serentak, ia memerlukan tangan yang sabar mengutip sebiji demi sebiji agar buah yang masak elok sahaja dipetik sementara buah yang hijau akan dikutip sebaik masak berikutnya. Buah-buah kopi ini digred dan diproses segera agar kualiti kopi yang anda nikmati itu benar-benar berkualiti. Dengan menggunakan mesin buah kopi akan dimesin untuk memisahkan kulit dan mengeluarkan biji-biji kopi.

Biji-biji kopi ini akan dijemur hingga ke tahap peratusan air yang dikehendaki. Biji yang rosak dan tidak berkualiti akan dibuang dan tinggallah biji-biji kopi yang benar-benar berkualiti. Biji kopi yang tersedia kering ini dikenali sebagai kopi beras atau biji kopi mentah.

Daripada biji-biji kopi mentah inilah, diproses untuk menghasilkan minuman kopi yang menyegarkan.  Cara pemerosesan kopi adalah sangat mustahak kerana peminum kopi semestinya dapat meminum kopi yang benar-benar berkhasiat. Pelbagai usaha dan begitu banyak tenaga yang telah dicurahkan oleh mereka yang terlibat dalam memastikan biji kopi yang terbaik dihasilkan.

Malangnya, masih ramai yang minum sebenarnya tanpa sedari hanyalah mencari kemanisan bukan tertumpu kepada khasiat kopi sebenarnya. Kopi terbaik ialah pada cara biji kopi dipanggang dan bukannya pada biji kopi yang telah menjadi arang. Adakalanya kita rasa berbangga dengan sentuhan tradisi orang-orang tua kita dalam menghasilkan kopi yang sedap tetapi janganlah pula  kita meneruskan kesilapan itu sebagai budaya kita.

Perjalanan biji kopi yang begitu jauh dan mengambil masa yang agak lama untuk menyumbang kebaikan telah dipersia-siakan begitu sahaja.

Friday, February 7, 2020

MINUM QAHVA - STRENGTH



Merealisasikan impian ANDA memerlukan kekuatan, keupayaan, daya, usaha dan tentunya secawan QAHVA yang ANDA hirup pagi ini mengiringi kemenjadiannya.

#kemenjadian

Tuesday, February 4, 2020

QAHVA Memberi Inspirasi



Mulakan hari anda dengan QAHVA dan rasailah perbezaan anda... semakin bersemangat, kreatif dan tentunya meraikan hari happening anda.

Friday, January 3, 2020

QAHVA HAROMA - Keharuman Yang Dirasai


QAHVA HAROMA - Keharuman Yang Dirasai

Sebagai penggemar kopi berjenama Qahva Haroma dengan citarasa pembuatan kopi tradisional Terengganu yang kaya dengan rasa, dan keharuman yang tidak dapat digambarkan kecuali dengan meneguknya dari secawan kopi Qahva Haroma.

Keenakannya dapat dinikmati seperti bancuhan kopi yang disediakan seperti sentuhan penuh kasih sayang daripada ibu tercinta.

Ketika menghirupnya ada seperti sedang menikmati hasilan seni bermula dengan melihat permandangan kehijauan dengan pokok-pokok kopi di tanah tinggi yang subur dengan biji-biji yang lebat pada dahan-dahannya.

Dengan suasana pagi yang masih sejuk dan berembun, tangan dengan jari jemari yang lembut memetik biji kopi sebiji demi sebiji dari dedahan pohon yang berjuntaian.

Bagi menghasilkan kopi yang baik dan berkualiti ianya perlu melalui berberapa peringkat, masa dan tenaga kerja yang tidak sedikit diperlukan semasa memprosesnya. Pemilihan biji kopi yang berkualiti dijemur, dibersihkan, dikeringkan, dimasak dengan pembakaran yang terkawal sebelum dijadikan serbuk hinggalah kepada secawan kopi.

Bagi sesiapa yang pernah menghirup kopi buatan tradisional Terengganu, sudah tentu pengalaman itu sukar dilupakan dan pastinya kopi ini akan dicari agar dapat terus dinikmatinya.

Kopi adalah anugerah Allah SWT, syukur pokok-pokok kopi juga tumbuh subur di Malaysia yang beriklim Khatulistiwa, menghasilkan kualiti kopi dengan citarasa unggul dengan aroma yang unik.

Qahva Haroma menjanjikan pengalaman untuk anda yang ingin nikmati dan merasai keharumannya.

Manfaat Hampas Kopi


Setelah selesai menikmati Qahva Haroma, jangan dibuang hampasnya. Mungkin anda merasakan hampas kopi itu sudah tidak bermanfaat lagi, lalu dibuangnya dan akhirnya sesuatu yang berfaedah itu disia-siakan begitu saja ke dalam tong sampah. 

Kandungan nutrient yang masih tersisa pada hampas kopi itu sebenarnya memberi banyak manfaat untuk manusia dan tumbuh-tumbuhan. Hampas kopi mempunyai kandungan nitrogen yang bermanfaat untuk tanah, memudahkan proses terjadinya baja kompos serta mampu menyingkirkan hama.