Pages

Friday, January 3, 2020

QAHVA HAROMA - Keharuman Yang Dirasai


QAHVA HAROMA - Keharuman Yang Dirasai

Sebagai penggemar kopi berjenama Qahva Haroma dengan citarasa pembuatan kopi tradisional Terengganu yang kaya dengan rasa, dan keharuman yang tidak dapat digambarkan kecuali dengan meneguknya dari secawan kopi Qahva Haroma.

Keenakannya dapat dinikmati seperti bancuhan kopi yang disediakan seperti sentuhan penuh kasih sayang daripada ibu tercinta.

Ketika menghirupnya ada seperti sedang menikmati hasilan seni bermula dengan melihat permandangan kehijauan dengan pokok-pokok kopi di tanah tinggi yang subur dengan biji-biji yang lebat pada dahan-dahannya.

Dengan suasana pagi yang masih sejuk dan berembun, tangan dengan jari jemari yang lembut memetik biji kopi sebiji demi sebiji dari dedahan pohon yang berjuntaian.

Bagi menghasilkan kopi yang baik dan berkualiti ianya perlu melalui berberapa peringkat, masa dan tenaga kerja yang tidak sedikit diperlukan semasa memprosesnya. Pemilihan biji kopi yang berkualiti dijemur, dibersihkan, dikeringkan, dimasak dengan pembakaran yang terkawal sebelum dijadikan serbuk hinggalah kepada secawan kopi.

Bagi sesiapa yang pernah menghirup kopi buatan tradisional Terengganu, sudah tentu pengalaman itu sukar dilupakan dan pastinya kopi ini akan dicari agar dapat terus dinikmatinya.

Kopi adalah anugerah Allah SWT, syukur pokok-pokok kopi juga tumbuh subur di Malaysia yang beriklim Khatulistiwa, menghasilkan kualiti kopi dengan citarasa unggul dengan aroma yang unik.

Qahva Haroma menjanjikan pengalaman untuk anda yang ingin nikmati dan merasai keharumannya.

Manfaat Hampas Kopi


Setelah selesai menikmati Qahva Haroma, jangan dibuang hampasnya. Mungkin anda merasakan hampas kopi itu sudah tidak bermanfaat lagi, lalu dibuangnya dan akhirnya sesuatu yang berfaedah itu disia-siakan begitu saja ke dalam tong sampah. 

Kandungan nutrient yang masih tersisa pada hampas kopi itu sebenarnya memberi banyak manfaat untuk manusia dan tumbuh-tumbuhan. Hampas kopi mempunyai kandungan nitrogen yang bermanfaat untuk tanah, memudahkan proses terjadinya baja kompos serta mampu menyingkirkan hama.