Pages

Friday, November 30, 2018

Seharum Aroma Kopi


Perkataan kopi atau coffee berasal daripada kalimat kahwah. Manakala perkataan kahwah pula berkemungkinan berasal daripada Kafa, iaitu nama satu tempat di Habsyah. Di sinilah biji-biji kopi mula dimasak dan dijadikan minuman.

Sekitar abad ke-9 hingga ke-12, pedagang dari Yemen telah membawa biji-biji kopi dari Kafa ke Tanah Arab. Nama biji-biji kopi ini telah melalui perubahan, dari kahwah dan akhirnya hari ini ianya dikenali sebagai coffee atau kopi.


Minuman ini telah menjadi begitu popular di kalangan orang Arab, dan mereka telah memperdagangkannya ke kawasan lain. Bandar Al-Mukha telah menjadi pintu utama yang terkenal sebagai pengeksport kopi. Biji kopi dan penyediaan minuman daripada biji kopi dari Al-Mukha kemudian dikenali sebagai Mocca.

Minuman daripada biji kopi ini menjadi sangat terkenal di bumi Arab dan telah merebak ke Eropah melalui Venice. Kehebatan minuman kopi ini telah tersebar begitu meluas hinggalah ke seluruh pelosok dunia.

Orang-orang Yemen adalah orang keturunan Arab, kopi sering dikaitkan dengan keturunan Arab. Sehingga ke hari ini, antara biji kopi yang paling popular ialah kopi Arabica.


No comments:

Post a Comment