Pages

Monday, December 31, 2018

Saturday, December 22, 2018

Komunikasi Masa Kini


Kehebatan Kopi Dengan 51 Kebaikan


Sebagai seorang pengemar kopi saya amat berbangga dengan kegemaran ini. Saya mula meminumnya sejak dari kecil lagi kerana terpengaruh dengan kegemaran datuk dan nenek yang selalu meminumnya. 

Meskipun dilarang oleh nenek yang peminum kopi dengan alasan boleh sakit kepala atau tidak dapat tidur. Saya tidak mengendahkannya sehingga saya diberitahu atau memahami di dalam kopi ada mengandungi kafein.  

Tetapi teguran ini tidak mampu membuatkan saya untuk meninggalkan minuman kopi kerana saya sentiasa mempunyai rasa cinta yang diperbaharui kepada kopi bila mana saya meminumnya. 

Benar cinta boleh membuatkan kita buta dalam menilai tetapi cinta ini amatlah menguntungkan kerana padanya ada 51 kebaikan rupanya.


Siri 51 kebaikan itu akan saya tulis di dalam blog ini.

Friday, December 7, 2018

Kopi Ketika Aktiviti Waktu Lapang

Keharuman dari secawan kopi, mampu meningkatkan minda anda terhadap sesuatu yang anda minat. Apabila ada kelapangan, giatkan aktiviti membaca - sama ada buku, novel, majalah, akhbar. 

Hiruplah sedikit, nikmatilah kopi anda, setelah itu membaca dan kembali menikmati kopi anda dalam hirupan berikutnya.

Nah! anda dapat menikmati keharuman kopi pada setiap hirupan seperti seorang pemukul golf yang setelah membuat pukulan berjalan ke lokasi untuk pukulan berikutnya. 



Saturday, December 1, 2018

Selamat Datang Ke Permulaan Perjalanan Yang Menakjubkan

Secawan kopi tentulah tidak memadai untuk satu perbualan yang panjang dengan seorang rakan lama. Sesama berbincang, berkongsi idea dan pandangan serta keharuman kopi yang memberi inspirasi.