MENJADI SEORANG BARISTA
Kata barista berasal dari bahasa Itali, di mana ia bermaksud "bartender" lelaki atau wanita yang biasanya bekerja di belakang kaunter, [1] menyajikan minuman panas (seperti espresso), minuman beralkohol sejuk dan bukan alkohol, dan makanan ringan. [2] Kata majmuk asli dalam bahasa Inggeris adalah barista, sementara dalam bahasa Itali jamak adalah baristi untuk maskulin (secara harfiah bermaksud "barmen", "bartender") atau bariste untuk wanita (secara harfiah bermaksud "barmaids").
Bila disebut bekerja
sebagai “tukang bancuh kopi” atau “tukang buat air” tentulah tidak nampak gah,
tetapi bila disebut bekerja sebagai “barista”, barulah nampak glamernya.
Bekerja sebagai barista tentulah tidak semudah bekerja sebagai “tukang bancuh
kopi atau air”. Ini adalah kerana barista adalah kerja bertaraf professional.
Biarpun hari ini anda bekerja sebagai “tukang buat air” tetapi jika anda dapat
menjiwai kerja anda, terus menimba ilmu dan sebelum hadir ke kelas barista
dapatkan sebanyak mungkin maklumat yang perlu ada dan diketahui oleh seorang barista.
Sentuhan tangan
seorang barista adalah sentuhan midas kepada maju mundurnya sebuah café. Jika
anda bercadang dan berminat untuk membuka sebuah café . Cari ilmunya, dan
kalaupun hari ini anda hanyalah “tukang buat air” di sebuah warung, restoran
atau kedai makan, jangan abaikan. Pupuk diri anda untuk menjadi seorang
barista. Bina minat, dalami ilmunya, cuba membuat pelbagai minuman kopi pada masa lapang
di rumah, kemahiran lahir dari minat, latihan dan kesungguhan. Oleh itu,
sepandai manapun anda membancuh kopi, biarpun telah sampai pada tahap gaban,
anda bukan lagi barista sehinggalah anda hadirilah kelas untuk menjadi seorang barista sebenar.
Kepandaian adalah berdasarkan ilmu yang dipelajari, mengikut disiplin
pembelajarannya.
Semoga anda berjaya,
hadirilah kelas barista bila anda telah bersedia.
No comments:
Post a Comment