LANGKAH UNTUK MENJADI BARISTA
Friday, October 16, 2020
LANGKAH UNTUK MENJADI BARISTA
PERBEDAAN ADUNAN KOPI ANTARA SEORANG BARISTA DAN MESIN AUTOMATIK
PERBEDAAN ADUNAN KOPI ANTARA SEORANG BARISTA DAN MESIN AUTOMATIK
Dalam pembuatan secawan kopi yang nikmat terdapat dua teknik yang digunakan untuk membru kopi dengan menggunakan mesin espresso atau secara manual. Kedua teknik ini memiliki kelebihan dan kelemahannya masing-masing.
Apabila suatu café memiliki jumlah pengunjung yang banyak dalam waktu sehari maka mesin kopi dapat melayani pelanggan dengan cepat dan juga pemilik kedai tidak memerlukan waktu yang lama untuk melatih seorang barista baru. Selain itu, kerana sukatan kopi sudah diatur sebelumnya oleh mesin maka tahap kesilapan dalam membuat air kopi pun sangat kecil. Akan tetapi, bagi penggemar kopi tegar sering berpendapat bahwa mesin espresso automatik yang canggih sekalipun tidak mampu mengalahkan hasil karya kopi barista yang handal.
Wednesday, October 14, 2020
Minuman Kopi Panas - Americano
AMERICANO
BAHAN-BAHANNYA
- Satu atau hingga dua sudu makan serbuk kopi Qahva Premium halus.
- 250 ml air panas.
- Susu segar
CARA-CARA MEMBUATNYA
- Masukkan serbuk kopi Qahva Premium ke dalam kole.
- Tuang 2/3 mug air panas ke dalam kole.
- Kacau hingga rata.
- Gunakan penapis dan sehelai letakkan kertas penapis untuk menghalang habuk kopi.
- Tuang kopi ke dalam penapis dan tunggu hingga kesemua air telah turun ke dalam mug anda.
- Tambahkan susu dan air panas hingga memenuhi mug.
- Hidangkan mug bersama piring dan sudu.
- Rasailah kenikmatan haruman Americano anda.
- (Untuk lebih sedap, terlebih dahulu tarik susu dalam kole yang lain sehingga berbuih barulah dimasukkan ke dalam air kopi anda.)
Kerjaya Barista Semakin Popular
Kerjaya Barista Semakin Popular
Istilah barista akhir-akhir ini sedang banyak diperbincangkan terlebih lagi dikalangan penggemar kopi yang sering duduk di kedai kopi. Meningkatnya peminat kopi maka meningkatnya karya kopi seiring bertambahnya minat untuk menjadi seorang barista kopi. Kata barista sendiri datang dari bahasa Itali yang berarti pelayan bar dan merupakan posisi yang agak terhormat dan terlihat profesional.
Kerjaya barista sangat penting bagi sebuah kedai kopi, bar kopi, atau pun coffee shop kerana kopi barista merupakan kunci keberhasilan sesebuah kedai kopi. Barista merupakan pekerjaan yang berhubungan dengan penuh keterampilan, kreativiti, pengamatan seorang barista ketika melakukan pengukuran suhu dan tekanan dalam pembuatan espresso. Rumitnya proses pembuatan espresso secara manual inilah merupakan cabaran yang membuat banyak anak muda kini mulai menceburi kerjaya sebagai barista.
Uniknya Seorang Barista Umpama Cap Ibu Jari
Uniknya Seorang
Barista Umpama Cap Ibu Jari
Seseorang barista itu adalah unik, membuat kopi dengan citarasa yang khas dan berbeza walaupun sedikit akan pasti tetap ada perbezaannya antara barista lain. Sentuhan tangan seseorang barista adalah unik, reputasi ini akan membuatkan orang ingin mengikuti jejaknya. Sekiranya anda bercita-cita untuk menjadi barista, panduan ini boleh dijadikan rujukan kerana kemahiran membuat kopi bukanlah kepandaian yang boleh dimonopoli. Siapa tahu, tanpa disedari anda mungkin seorang barista yang hebat.
Sunday, October 11, 2020
MENJADI SEORANG BARISTA
MENJADI SEORANG BARISTA
Kata barista berasal dari bahasa Itali, di mana ia bermaksud "bartender" lelaki atau wanita yang biasanya bekerja di belakang kaunter, [1] menyajikan minuman panas (seperti espresso), minuman beralkohol sejuk dan bukan alkohol, dan makanan ringan. [2] Kata majmuk asli dalam bahasa Inggeris adalah barista, sementara dalam bahasa Itali jamak adalah baristi untuk maskulin (secara harfiah bermaksud "barmen", "bartender") atau bariste untuk wanita (secara harfiah bermaksud "barmaids").
Bila disebut bekerja
sebagai “tukang bancuh kopi” atau “tukang buat air” tentulah tidak nampak gah,
tetapi bila disebut bekerja sebagai “barista”, barulah nampak glamernya.
Bekerja sebagai barista tentulah tidak semudah bekerja sebagai “tukang bancuh
kopi atau air”. Ini adalah kerana barista adalah kerja bertaraf professional.
Biarpun hari ini anda bekerja sebagai “tukang buat air” tetapi jika anda dapat
menjiwai kerja anda, terus menimba ilmu dan sebelum hadir ke kelas barista
dapatkan sebanyak mungkin maklumat yang perlu ada dan diketahui oleh seorang barista.
Sentuhan tangan
seorang barista adalah sentuhan midas kepada maju mundurnya sebuah café. Jika
anda bercadang dan berminat untuk membuka sebuah café . Cari ilmunya, dan
kalaupun hari ini anda hanyalah “tukang buat air” di sebuah warung, restoran
atau kedai makan, jangan abaikan. Pupuk diri anda untuk menjadi seorang
barista. Bina minat, dalami ilmunya, cuba membuat pelbagai minuman kopi pada masa lapang
di rumah, kemahiran lahir dari minat, latihan dan kesungguhan. Oleh itu,
sepandai manapun anda membancuh kopi, biarpun telah sampai pada tahap gaban,
anda bukan lagi barista sehinggalah anda hadirilah kelas untuk menjadi seorang barista sebenar.
Kepandaian adalah berdasarkan ilmu yang dipelajari, mengikut disiplin
pembelajarannya.
Semoga anda berjaya,
hadirilah kelas barista bila anda telah bersedia.
Wednesday, October 7, 2020
QAHVA - ESPRESSO
ESPRESSO
BAHAN-BAHANNYA
1. Satu atau hingga dua sudu makan serbuk kopi Qahva Premium halus.
2. Satu cawan air panas.
CARA-CARA MEMBUATNYA
1. Masukkan serbuk kopi Qahva Premium ke dalam kole.
2. Tuang air panas.
3. Kacau hingga rata.
4. Gunakan penapis dan sehelai letakkan kertas penapis untuk menghalang habuk kopi.
5. Tuang kopi ke dalam penapis dan tunggu hingga kesemua air telah memenuhi cawan anda.
6. Rasailah kenikmatan haruman Espresso anda, dengan atau tanpa gula.