QAHVA HAROMA - Keharuman
Yang Dirasai
Sebagai penggemar kopi berjenama Qahva Haroma dengan citarasa pembuatan kopi tradisional Terengganu
yang kaya dengan rasa, dan keharuman yang tidak dapat digambarkan kecuali dengan
meneguknya dari secawan kopi Qahva
Haroma.
Keenakannya dapat dinikmati seperti bancuhan kopi yang
disediakan seperti sentuhan penuh kasih sayang daripada ibu tercinta.
Ketika menghirupnya ada seperti sedang menikmati hasilan
seni bermula dengan melihat permandangan kehijauan dengan pokok-pokok kopi di
tanah tinggi yang subur dengan biji-biji yang lebat pada dahan-dahannya.
Dengan suasana pagi yang masih sejuk dan berembun, tangan
dengan jari jemari yang lembut memetik biji kopi sebiji demi sebiji dari dedahan
pohon yang berjuntaian.
Bagi menghasilkan kopi yang baik dan berkualiti ianya perlu
melalui berberapa peringkat, masa dan tenaga kerja yang tidak sedikit
diperlukan semasa memprosesnya. Pemilihan biji kopi yang berkualiti dijemur, dibersihkan,
dikeringkan, dimasak dengan pembakaran yang terkawal sebelum dijadikan serbuk hinggalah
kepada secawan kopi.
Bagi sesiapa yang pernah menghirup kopi buatan tradisional
Terengganu, sudah tentu pengalaman itu sukar dilupakan dan pastinya kopi ini
akan dicari agar dapat terus dinikmatinya.
Kopi adalah anugerah Allah SWT, syukur pokok-pokok kopi juga
tumbuh subur di Malaysia yang beriklim Khatulistiwa, menghasilkan kualiti kopi
dengan citarasa unggul dengan aroma yang unik.
Qahva Haroma
menjanjikan pengalaman untuk anda yang ingin nikmati dan merasai keharumannya.